widget

Followers

Friday, December 7, 2012

Kaedah sifir

 Macam-macam kaedah saya gunakan semasa p&p Matematik bagi murid mengingati kaedah sifir. Teringat masa kita belajar dahulu hanya hafalan sifir saja..Sekarang ni ada kaedah KOTAK SIFIR..mudah juga...tapi kaedah yang paling tepat hafalan sifir saja.Kaedah ni..insyaallh jika kita selalu mengulangnya akan mudah ingat. Saya teringat bagaimana cikgu dulu-dulu mengajar dan cuba mempraktikkan dengan kaedah mereka dalam pengajaran hafalan sifir..Harap-harap pelajar semua cuba kaedah HAFALAN SIFIR ye ..Apa pandangan dan komen anda?

Wednesday, December 5, 2012

Kata pujangga...

Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Thursday, November 22, 2012

RPH


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS TAHUN 4
Hari                                          :   Khamis
Tarikh                                     :   11 Oktober  2012
Masa                                       :   30 minit
Kelas                                       :  Tahun 4
Tema                                      :  Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk                                      :  Isipadu Cecair
Objektif                                 :Memahami cara bacaan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran             :   Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
                                                    i)  mengenalpasti unit piawai bagi ukuran isipadu air
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid-murid telah mempelajari tentang isipadu cecair diukur   menggunakan alat-alat seragam
Pendekatan  P &  P            :  Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Kaedah / Stategi P & P       : Eksperimen, Perbincangan

Perancangan P&P:

Fasa Pengajaran
Isi kandungan
Aktiviti
Fasa / Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mendengar dan memahami penerangan guru    

Jenis aktiviti : Penerangan
       1.    Guru memulakan kelas dengan satu penerangan semula tentang isipadu cecair .  Murid diminta mendengar penerangan guru dengan teliti tentang perbezaan bekas tetapi mempunyai isipadu air yang sama dan isipadu boleh diukur menggunakan alat seragam yang sama.
       2.    Selepas mendengar penerangan, guru menyoal beberapa soalan :
       (a)  Apakah unit piawai yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair?
           Jawapan Murid :
            ml dan l

Tahap Kognitif:

Pengetahuan

KPS:

Meramal



Kemahiran Berfikir :

Menghubung kait


BBM :
Slaid power point

Nilai :

Kasih Sayang

Pencetusan Idea
(10 minit)

Mengenalpasti  cara pembacaan yang betul pada silinder penyukat







Jenis Aktiviti : Soal Jawab
1.     Guru menerangkan cara bacaan yang betul pada silinder penyukat.
2.     Guru menyoal murid:
(a)    Apakah unit piawai bagi isipadu dalam sistem metrik

    Jenis Aktiviti :
Guru menunjukkan silinder penyukat
           
    #  Murid memerhati silinder penyukat dengan teliti.
     3. Guru menyoal :
        (a)Bagaimana untuk mendapatkan bacaan yang betul?
     # Murid menjawab silinder penyukat  mesti diletakkan di atas permukaan yang rata dan bacaan aras meniskus.
Unit Piawai:
-mililiter(ml )
-liter (l )

Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :
Slaid power point
Video tentang pembacaan yang betul pada silinder penyukat
Nilai :
Kasih Sayang

Penstrukturan Semula Idea
(10 minit)

Menyatakan bacaan isipadu air menggunakan silinder penyukat.
   

Jenis Aktiviti: Kerja Kumpulan
     1. Murid dibahagikan kepada    5 kumpulan.
          2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan satu eksperimen untuk mendapatkan bacaan yang tepat pada silinder penyukat.Isipadu awal air ialah 50ml.
Eksperimen:
               1. Murid memasukkan guli sebiji sehingga 5 biji dan mengambil bacaan isipadu air tersebut.
2. Murid diminta merekodkan pemerhatian dan mengambil bacaan setiap guli yang dimasukkan dalam silinder penyukat.
3.Guru meminta murid menyediakan jadual bacaan tersebut.
4. Guru memerhati setiap bacaan murid.



KPS:
Pemerhatian
Membuat eksperimen
Membuat kesimpulan
Menyatakan pembolehubah


Nilai :

Bekerjasama dalam kumpulan.

Bertanggungjawab dengan setiap ahli dalam kumpulan dengan menyumbangkan jawapan.


Aplikasi Idea
(3 minit)

Mengenalpasti isipadu cecair dapat disukat menggunakan alat seragam

1.     Guru meminta murid menerangkan maksud isipadu cecair .
2.     Guru menerangkan bahawa isipadu cecair dapat diukur dengan menggunakan alat-alat yang seragam seperti cawan,gelas atau botol.Contohnya jika satu jag dapat diisi dengan 8 gelas air,maka isipadu jag ialah 8 gelas.

Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :


Slaid Power point


Nilai :
Kasih sayang
Refleksi
(2 minit)
Rumusan tentang isipadu cecair.
1.     Guru merumus cara membaca bacaan yang tepat pada silinder penyukat.
2.      Guru menayangkan semula video tentang bacaan silinder yang betul dan tepat.
Tahap kognitif
Membuat kesimpulan
BBM:
Slaid power point
Video tentang pembacaan yang betul pada silinder penyukat

Sunday, November 18, 2012

Mutiara Kata


Rawatlah hati......Mengadun variasi rasa pedas,manis,masam,masin dan pahit...
  • Meraih cinta anak pada orang tua
  • Membina semula cinta yang pudar
  • Memupuk keintiman dengan ILAHI
  • Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
  • Memerdekakan belenggu di dalam diri
  • Menangani emosi dan tekanan perasaan
  • Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
  • Membuang rasa ego,takbur dan penyakit hati
  • Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
  • Menjadi insan sukses, bebas luka,bebas derita
    -Dr Robiah K.Hamzah

Tuesday, November 13, 2012

Pengalaman kita setiap hari hasil dari fikiran kita. Jiwa ingin pengalaman positif tentukan fikiran sentiasa positif.

Sunday, November 11, 2012

Renungan bersama...

Tidak ada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yang dipilih Allah untuk mendapat Jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan penderitaan. Cinta-Nya menagih pengorbanan. Jika perlu menangis, menangislah kerana Allah. Jika perlu sakit, sakitlah kerana Allah. Jika gagal, gagallah juga kerana Allah. Yang hitam dan putih adalah milkNya, kita hanya hamba – pada kita hanya usaha. Kemudian tawakal. Kemudian pasrah dan menyerah – kita milik Allah, kepadaNyalah kita akan dikembalikan

Tuesday, October 16, 2012

Monday, October 15, 2012

Mutiara kata...

APABILA INGINKAN KEJAYAAN,TETAPI SEBALIKNYA KEGAGALAN YANG BERLAKU…MEREKA AKAN BERKATA,TIDAK MENGAPA,KEGAGALAN ADALAH YURAN KEPADA KEJAYAAN,KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN.ORANG BERJAYA LEBIH BANYAK MERASAI KEGAGALAN DARIPADA ORANG YANG GAGAL

Saturday, October 13, 2012

Apabila emosi kita stabil,kita lebih mudah fokus pada pelajaran dan kerja kita.

Wednesday, October 3, 2012

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran             : Sains
Kelas                           : 4 Sarjana
Tarikh                          : 25.9.2012
Masa                           : 8.10-9.10
BilanganPelajar             : 28/28
Tajuk                           : Sifat-sifatBahan
Sub Tajuk                    : Sifat Bahan
Kemahiran                   : Pelajar dapa tmengikuti langkah-langkah eksperimen yang dijalankan 
                                     menggunakan kemahiranberfikir,kemahiran proses dan kemahiranManipulatif.
PengetahuanSediaAda :1. Murid telah mengetahu inama bag ikomponen elektrik
                                    2.  Murid boleh menyambungkan semua kompone nelektrik
                                         menjadi satu litar lengkap.
HasilPembelajaran       : 1. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat
i)                    Mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan elektrik
ii)                  Mengenalpasti bahan konduktor dan bahan peneba telektrik.
Nilai-nilaiMurni            :  Bekerjasama,berhati-hati dan mematuhi peraturan makmal Sains.
KemahiranBerfikir       :   Membuat Inferens,menghubungkait,membanding dan membeza
                                      Menganalisis,menganalogidanmenjana idea
Bahan Bantu Mengajar :  Mentol, bateri,suis,bahan-bahan penebat dan konduktor,kad manila,
                                      Marker,wayar.
                                   

Tuesday, October 2, 2012

Motivasi

Niat segala yang kita buat utk dekat dgn Allah. Jika tidak sia sia hidup kita. Jika belajar utk dunia sia sia saja. Jadikan segala usaha mendapat redha Allah dan mendapat syurga dan jauh dari neraka. Jom buat MLM syurga dgn kongsi ilmu . Galakkan orang cari ilmu bukan wang semata mata. Lihat orang banyak wang tanpa ilmu dimana mereka. Jika ada ilmu dan ikhlas wang akan datang dgn sendri bila boleh memberi nilai. Mencari lmu ialah mencari pemberi ilmu iaitu Allah swt

Sunday, September 30, 2012

  Sekarang masa mengenali 9 buah planet....

1. planet mercucy (UTARID)

                       

  


2. Planet Venus (ZUHRAH)

                       


 

Sembilan buah planet

                        



Friday, September 28, 2012

Mutiara Kata

Masa depan kita ditentukan oleh apa kita fikir sekarang dgn izin Allah. Jika negatif tentu negatif masa depan. jika positif insyaAllah positif masa depan. BUat pillihan saat ini dan sangka baik pada Allah dan manusia lain