widget

Followers

Thursday, November 22, 2012

RPH


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS TAHUN 4
Hari                                          :   Khamis
Tarikh                                     :   11 Oktober  2012
Masa                                       :   30 minit
Kelas                                       :  Tahun 4
Tema                                      :  Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk                                      :  Isipadu Cecair
Objektif                                 :Memahami cara bacaan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran             :   Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
                                                    i)  mengenalpasti unit piawai bagi ukuran isipadu air
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid-murid telah mempelajari tentang isipadu cecair diukur   menggunakan alat-alat seragam
Pendekatan  P &  P            :  Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Kaedah / Stategi P & P       : Eksperimen, Perbincangan

Perancangan P&P:

Fasa Pengajaran
Isi kandungan
Aktiviti
Fasa / Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mendengar dan memahami penerangan guru    

Jenis aktiviti : Penerangan
       1.    Guru memulakan kelas dengan satu penerangan semula tentang isipadu cecair .  Murid diminta mendengar penerangan guru dengan teliti tentang perbezaan bekas tetapi mempunyai isipadu air yang sama dan isipadu boleh diukur menggunakan alat seragam yang sama.
       2.    Selepas mendengar penerangan, guru menyoal beberapa soalan :
       (a)  Apakah unit piawai yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair?
           Jawapan Murid :
            ml dan l

Tahap Kognitif:

Pengetahuan

KPS:

Meramal



Kemahiran Berfikir :

Menghubung kait


BBM :
Slaid power point

Nilai :

Kasih Sayang

Pencetusan Idea
(10 minit)

Mengenalpasti  cara pembacaan yang betul pada silinder penyukat







Jenis Aktiviti : Soal Jawab
1.     Guru menerangkan cara bacaan yang betul pada silinder penyukat.
2.     Guru menyoal murid:
(a)    Apakah unit piawai bagi isipadu dalam sistem metrik

    Jenis Aktiviti :
Guru menunjukkan silinder penyukat
           
    #  Murid memerhati silinder penyukat dengan teliti.
     3. Guru menyoal :
        (a)Bagaimana untuk mendapatkan bacaan yang betul?
     # Murid menjawab silinder penyukat  mesti diletakkan di atas permukaan yang rata dan bacaan aras meniskus.
Unit Piawai:
-mililiter(ml )
-liter (l )

Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :
Slaid power point
Video tentang pembacaan yang betul pada silinder penyukat
Nilai :
Kasih Sayang

Penstrukturan Semula Idea
(10 minit)

Menyatakan bacaan isipadu air menggunakan silinder penyukat.
   

Jenis Aktiviti: Kerja Kumpulan
     1. Murid dibahagikan kepada    5 kumpulan.
          2. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan satu eksperimen untuk mendapatkan bacaan yang tepat pada silinder penyukat.Isipadu awal air ialah 50ml.
Eksperimen:
               1. Murid memasukkan guli sebiji sehingga 5 biji dan mengambil bacaan isipadu air tersebut.
2. Murid diminta merekodkan pemerhatian dan mengambil bacaan setiap guli yang dimasukkan dalam silinder penyukat.
3.Guru meminta murid menyediakan jadual bacaan tersebut.
4. Guru memerhati setiap bacaan murid.



KPS:
Pemerhatian
Membuat eksperimen
Membuat kesimpulan
Menyatakan pembolehubah


Nilai :

Bekerjasama dalam kumpulan.

Bertanggungjawab dengan setiap ahli dalam kumpulan dengan menyumbangkan jawapan.


Aplikasi Idea
(3 minit)

Mengenalpasti isipadu cecair dapat disukat menggunakan alat seragam

1.     Guru meminta murid menerangkan maksud isipadu cecair .
2.     Guru menerangkan bahawa isipadu cecair dapat diukur dengan menggunakan alat-alat yang seragam seperti cawan,gelas atau botol.Contohnya jika satu jag dapat diisi dengan 8 gelas air,maka isipadu jag ialah 8 gelas.

Tahap Kognitif:

Pengetahuan
Pemahaman


KPS:

Pemerhatian
Komunikasi
Membuat Inferens


BBM :


Slaid Power point


Nilai :
Kasih sayang
Refleksi
(2 minit)
Rumusan tentang isipadu cecair.
1.     Guru merumus cara membaca bacaan yang tepat pada silinder penyukat.
2.      Guru menayangkan semula video tentang bacaan silinder yang betul dan tepat.
Tahap kognitif
Membuat kesimpulan
BBM:
Slaid power point
Video tentang pembacaan yang betul pada silinder penyukat

No comments:

Post a Comment