widget

Followers

Nota Sains & Math

1) THEM 5 SAINS_INVESTIGATING_TECH.


PANTUN

Pergi sekolah setiap hari,
Untuk belajar berkali-kali;
Planet yang hampir Matahari,
Utarid nama yang diberi..

Pergi sekolah setiap hari,
Untuk belajar bahagi;
Zuhrah nama yang diberi,
Planet kedua dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,
Pakai baju sekolah ini;
Bumi yang cantik sekali,
Planet ketiga dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,
Bawa beg berat sekali;
Planet Marikh merah sekali,
Planet keempat dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,
2+3=5 jawapan diberi;
Musytari planet yang besar sekali,
Planet kelima dari matahari.

Planet keenam dari matahari,
Planetnya pelik sekali;
Zuhal nama yang diberi,
Diberi gelang anggun sekali.

Pergi sekolah setiap hari,
Belanja 50 sen diberi hari-hari;
Planet Uranus nama diberi,
Planet ketujuh dari Matahari.

Pergi sekolah rumah pun sunyi,
Tiada orang hendak menyanyi;
Neptun tak tahu ada penghuni,
Planet kelapan dari Matahari.

Dari pandangan biru bestari,
Planet Pluto akhir sekali,
Terletak jauh sekali,
Dari lingkaran Matahari.
Bumi dan Alam Semesta : Planet-planet dalam Sistem Suria





1.
Pada masa dahulu manusia menggunakan anggota badan untuk mengukur jarak. Kaedah ini kurang tepat kerana saiz badan manusia adalah berbeza-beza.
2.
Untuk mengukur jarak dengan lebih tepat alat-alat yang seragam dan piawai perlu digunakan.
3.
Pada masa kini pengkuran jarak menggunakan sistem metrik. Semua tempat di dunia menggunakan sistem metrik yang sama.

                 SISTEM METRIK

                     1 cm     =          10      mm
                     1 m       =          100    cm
                     1 m       =          1000  mm
                     1 km     =          1000  m

4.
Pembaris merupakan alat untuk mengukur jarak garis lurus yang kecil. Unit ukuran yang digunakan ialah cm. Jarak yang lebih kecil boleh diukur dengan menggunakan unit mm.
5.
Semasa mengukur dengan menggunakan pembaris, mata mestilah berada tepat di atas tanda yang hendak dibaca.
6.
Panjang garis lengkung boleh diukur dengan menggunakan benang dan pembaris. 
_________________________________________________________________________________

Menyiasat Dunia Teknologi Tahun 4
Kebaikan Teknologi
1        Teknologi memberikan banyak kebaikan kepada kita
2         Contoh-contoh kebaikan teknologi adalah seperti yang berikut
a)mesin membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
b) pengangkutan moden membolehkan kita bergerak dengan lebih cepat dan selesa
c) Rekaan alat komunikasi moden membolehkan kita berkomunikasi dengan orang di sebarang tempat di dunia ini
d)Mesin membantu meningkatkan pengeluaran kilang dan mengurangkan kos.
Keburukan Teknologi
1.       Kilang membebaskan gas dan sisa toksik yang menyebabkan pencemaran udara dan air.
2.       Tumpahan minyak menyebabkan kepupusan banyak hidupan air.
3.       Aktiviti pembalakan yang keterlaluan dengan peralatan moden menyebabkan kepupusan hidupan dan kemusnahan dan alam sekitar.
4.       Pertambahan penggunaan sumber seperti petroleum menyebabkan kesusutan sumber semula jadi.
5.       Rekaan alat senjata pemusnah menyebabkan kemusnahan harta benda dan membunuh ramai manusia.

Nak jawab Sains sebenarnya mudah. Ada teknik dan kemahiran, murid tidak akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan. Guna konsep yang senang.
1. What to Change - WC
2. What to Measure - WM
3. What to Observe - WO

Aim, purpose, to find out, to study
- Guna jari untuk kira perkataan. 

- KOD 8- To investigate the relationship between WC and WM.

Relationship, Hyphothesis, Conclusion


KOD 11
·         As the WC increases or decreases, the WM increases or decrease.
·         When the WC increases or decreases, the WM increases or decrease.
·         If the WC increases or decreases, the WM increases or decrease.
*NOTA
      1. What to change:// manipulated variable (sekarang)
2. What to measure/observe:// responding variable (sekarang)
3. What to kept the same:// constant variable (sekarang)


Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas.
Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.

Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran.

Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
sumber-http://smkap-panitiamate.blogspot.com/2010/07/tips-cara-mempelajari-matematik-5r.html






 

3 comments:

  1. Murid tahun 4 masih tak dapat kuasai soalan Bahagian B walaupun berkali-kali memberi penerangan.PKSR 2 minggu depan dah nak mula..

    ReplyDelete
  2. info yang amat berguna untuk murid-murid.

    ReplyDelete